Badan ni kena paksa...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛


Dah separuh Ramadhan berlalu...Pantas masa melakukan rutinnya setiap hari. Itu semua perasaan kita dek kerana sibuk dengan tugasan harian. Gelagat manusia yang berbagai ragam di bulan penuh mulia ini disaksikan oleh sepasang mata anugerah Tuhan maha agong. Semua orang akan ada pengalamannya tersendiri.

Cuba kita baca perbualan ini..

“ Tak puasa ke hari ni? “

“Tak. Saya kan sakit.Gastrik. Memang tak boleh puasa.”

“ Oo..Tak terawih ke? “

“Takpe la. Awak buat la dulu..”

Kesimpulannya tak buat pun.

Sesetengah orang Muslim kita ni, pada mereka Ramadhan ni sama je macam bulan-bulan yang lain. Mungkin bezanya ada bazaar ramadhan, sales sana sini, persiapan raya dan macam-macam lagi la. Satu lagi yang mereka amat tahu ialah syaitan kena belenggu. Kena ikat. Bahasa mudahnya syaitan tak boleh kacau dah. Hoorayy..

Sepatutnya bulan inilah nak top up atau recharge pahala berganda. Tapi kalau team yang merasakan sama je macam bulan lain, tak ke rugi tu. Nasib malang. Kenapa tak sedar-sedar lagi? Tak tunggu sampai bila? Nak tunggu pahala dosa nampak depan mata baru nak buat? Bukan ke dah terlambat? Ke diri dah hebat? Atau rasa peluang hidup esok hari masih tinggi peratusannya?

Sudah-sudah la tu. Sementara peluang masih ada ni, buatlah. Badan ni kena paksa. Jangan dimanjakan sangat. Untuk masa depan juga kan..Kebaikan kita akan dapat kemudian. Sabar masa buat dan bersabarlah tunggu ganjarannya. Itu janji Allah yang pasti. Tolonglah percaya dengan penuh keimanan bahawa Allah takkan pernah memungkiri janjinya. Tidak seperti manusia.

    Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.;)

Wallahua'lam

15 Ramadhan 1432 H

Zakaria Md Yusoff
NSW, Australia.

0 comments:

About this blog