Selamat Datang

Moga Allah rahmati kita semua.

Hadith'

Nabi Muhammad SAW apabila ingin baring atau tidur, Baginda akan meletakkan tangan kanan di bawah pipinya sambil berkata " Ya Allah hindarilah aku daripada azabMu di hari Kau membangkitkan hamba-hambaMu."

Inside of Blue Mosque

The Blue Mosque (Called Sultanahmet Camii in Turkish) is an historical mosque in Istanbul. The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I.

Doa Nabi Muhammad SAW

Himpunan doa-doa terbaik .

Surah Al Kafirun

Bacaan apabila hendak masuk tidur.

Sistem Kewangan Islam : Dunia Menyaksikan Kehebatannya

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛

 Kesedaran masyarakat dunia tentang keberkesanan sistem kewangan Islam mula mengambil tempat di dalam dunia kewangan. Kelihatan banyak negara-negara Barat, Eropah mula mempraktikkan sistem kewangan Islam. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus perdana perbankan Islam. Pihak kerajaan mahu Malaysia dikenali sebagai hub kewangan Islam terunggul di Asia Tenggara dan tidak mustahil ke seluruh dunia.

Bagaimana pula kesedaran bagi masyarakat Malaysia ? Adakah mereka sudah faham akan kekuatann sistem kewangan islam terutamanya bagi Muslim ? Setakat pengamatan saya bersama dengan orang-orang yang berada di sekeliling saya, rata-rata masih lagi samar-samar dengan perbankan Islam. Bila diajukan beberapa soalan pinjaman, urusan beli rumah, kereta dan sebagainya masih menganggap sistem kewangan Islam kelihatan sama dengan sistem konvensional. Malah ada yang berkata kepada saya perbankan Islam yang sekarang ini cekik darah dan 'interest' tinggi berbanding konvensional !

Saya cuba terangkan secara ringkas kepada mereka, namun dengan masa yang terbatas agak sukar untuk menerangkan secara terperinci. Baru saya sedar bahawa masih ramai yang masih kabur tentang kewangan Islam  ini. Semoga rakyat Malaysia akan lebih memahami akan kebaikan perbankan Islam khasnya untuk orang Islam di masa hadapan. Malahan sudah ramai masyarakat bukan Islam sudah mula menceburi dan beralih ke sistem kewangan Islam. Indahkan Islam !

Manfaatkan Masa Kita

Daripada Ibnu Umar r.a katanya:
“Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : 


“Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara..” 
Ibnu Umar r.a berkata :
“Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan gunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu...”
 
(Al-Bukhari)

 Zakaria Md Yusoff

Gurauan : Raikanlah beberapa perkara...

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ 


Salam untuk semua pengunjung blog saya. Hari ni nak cerita pasal gurau senda. Hidup tanpa gelak tawa atau gurau senda ibarat hidup yang suram. Islam membolehkan kita untuk bergurau senda di samping insan-insan yang berada disekeliling kita.

Cuma sekarang ni, adakah gurau senda kita itu menepati Sunnah, para sahabat dan amalan ulama-ulama terdahulu. Islam bukanlah agama yang skeptik kepada hukum hakam semata-mata. Inilah agama terbaik yang meliputi keseluruhan hidup manusia. Allahuakbar..

Sufyan bin 'Uyainah pernah ditanya oleh seorang lelaki :

" Adakah gurausenda itu sesuatu yang dilarang ?"

Jawab Sufyan :

 " Tidak. Bahkan ianya Sunnah. Tetapi untuk mereka yang tahu menjaganya dan meletakkan ditempat yang sepatutnya."

Melihat kepada masyarakat kita sekarang ini, kadangkala gurauan itu melampui batas yang sepatutnya. Gurauan di zaman ini bukan sekadar berdepan dengan orang-orang disekeliling kita, malah lebih daripada itu. Dengan kewujudan teknologi canggih yang dah tak terkejar dek kita,macam-macam boleh berlaku. Gurau di 'handphone', internet dan macam-macam lagi.

Jadi saya bawakan beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan dalam gurau senda kita seharian.

1. Tidak mempersendakan agama.

Berhati-hatilah bila berbicara tentang agama. Jangan dibawa bergurau perkara yang ada hukum hakam agama. Saya pernah melihat beberapa video di You Tube beberapa pelajar-pelajar bergurau senda ketika melakukan solat dan zikir. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.

2. Gurauan yang benar. Bukan yang direka cipta atau sengaja diada-adakan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Celakalah mereka yang berkata-kata kemudian menipu lalu ditertawakan oleh kaumnya"

 (Riwayat Abu Dawud )

3. Jangan menakut-nakutkan orang lain.

Kebiasaannya kepada mereka yang ada kuasa. Seperti pihak berkuasa menggunakan kuasa yang ada mereka  untuk mengugut secara bergurau.

4. Jangan mempersendakan dan mengata keburukan orang lain.

Sabda Nabi SAW. 

" Jangan dizahirkan keburukan saudara kamu. Kamu akan dirahmati Allah"

(Sahih menurut Albani )

5. Jangan bergurau terlalu kerap.

Ada di antara kita amat gemar bergurau sehinggakan menjadi kebiasaan harian. Ini akan menjadikan kita tidak proaktif. Berguraulah sekadar yang perlu sahaja.

Kata Khalifah Umar Abdul Aziz :

" Berjaga-jagalah dengan gurauan, kerana sesungguhnya kebodohan itu mewarisi dendam"

6. Mengetahui cara bergurau mengikut kadar usia.

Ini penting kerana gurauan ada yang bersesuaian dan ada yang tidak. Cara untuk bergurau dengan orang tua berlainan dengan cara gurau orang muda. Kanak-kanak tidak sama dengan orang dewasa. 

7. Jangan mengumpat orang lain di dalam gurauan kita.

Banyak hadis Nabi tentang dosa mengumpat orang lain.

8.  Memilih waktu yang bersesuaian untuk bergurau.

Ibnu Umar pernah ditanya :

" Adakah sahabat-sahabat nabi ketawa? "

Jawab Ibnu Umar :

" Ya. Dan iman di hati mereka ibarat bukit tinggi."


Sekian dulu untuk entri kali ini. Moga ada manfaatnya. :)

 Zakaria Md Yusoff
Newcastle, Australia.

Detik Pemergianmu


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛

Saya terjumpa video ni di You Tube. Saja nak kongsikan di blog ni moga dapat dihayati oleh kita semua. Detik pemergianmu ya Rasulullah.



Walaupun sudah menemui Ilahi yang Maha Esa, marilah kita sama-sama mengamalkan Sunnah baginda semampu yang mungkin. Bagi saya, masih banyak yang belum diamalkan seperti mana saranan baginda. Moga kita semua menjadi umat Muhammad yang dibanggakan oleh Nabi kita sendiri.

 Rasulullah berwasiat kepada kita dengan sabdanya :

"فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافاً كثيراً ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور ، فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة"
 
Maksudnya: " Sesungguhnya sesiapa yang hidup dikalangan kamu semua akan kamu lihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' Arrasyidin selepasku. berpeganglah kamu dengannya dan gigitlah dengan geraham (berpegang teguh ). Dan jauhkanlah diri kamu daripada perkara-perkara baru dalam agama, sesungguhnya setiap yang baharu itu adalah bid'ah dan bid'ah itu adalah sesat "



Zakaria Md Yusoff
Newcastle, Australia.

Jangan aniaya saudara kita

إن الحمد لله ؛ نحمده ، ونستعينه ، ونستغفره . ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا . من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له . وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله . 

 Hadith pilihan untuk blog saya pada kali ini.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: 
 
“Rasulullah s.a.w melarang orang kota (bandar) menjual barang dagangan orang desa (kampung); jangan menipu harga barang; jangan seorang kamu menjual menyaingi harga jualan saudaranya; jangan menawar sesuatu yang sedang dalam penawaran saudaranya; dan jangan seorang wanita meminta supaya diceraikan saudaranya (madunya) demi untuk membolot harta.”
 
(Hadis riwayat Bukhari)
 
Zakaria Md Yusoff
Newcastle, Australia.

About this blog