Selamat Datang

Moga Allah rahmati kita semua.

Hadith'

Nabi Muhammad SAW apabila ingin baring atau tidur, Baginda akan meletakkan tangan kanan di bawah pipinya sambil berkata " Ya Allah hindarilah aku daripada azabMu di hari Kau membangkitkan hamba-hambaMu."

Inside of Blue Mosque

The Blue Mosque (Called Sultanahmet Camii in Turkish) is an historical mosque in Istanbul. The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I.

Doa Nabi Muhammad SAW

Himpunan doa-doa terbaik .

Surah Al Kafirun

Bacaan apabila hendak masuk tidur.

Kitab Iman : Umat Ini Merupakan Separuh Ahli Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم 

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih.

Muslim. No. 324.
Zakaria Md Yusoff

Cara Bersyukur

بسم الله الرحمن الرحيم 

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛


Hadith: 
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan."
 
Huraian Hadith: 
 
Firman Allah SWT yang maksudnya:
 
"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). 
 
Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah : 
 
i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.
 
ii) Selalu mengucapkan alhamdulillah, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.
 
iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.
 
iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

Direkodkan oleh Bukhari..

Sumber : JAKIM
Zakaria Md Yusoff
NSW.

Selamat Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛



Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada seluruh pengunjung blog saya. Mohon keampunan sekiranya ada bahasa yang menyingung perasaan dan hati kalian....

Semoga amalan kita di bulan Ramadhan tahun ini diterima Allah sebagai amal soleh.

Kullu Aam Wa Antum Bikhair....

Zakaria Md Yusoff
Wallsend, NSW, Australia.

بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛




Alhamdulillah, Ramadhan 1432 semakin melabuhkan tirainya. Seperti biasa ungkapan cepatnya masa berlalu akan dititipkan. Semoga takwa semakin dekat dengan diri kita. Harapan juga agar momentum sepanjang Ramadhan akan berterusan ke bulan-bulan mendatang sekiranya kesempatan hidup diberi oleh Allah.


Ini kali ke 6 saya akan menyambut lebaran di luar negara. Empat kali di Arab Saudi dan bakal dua kali di bumi Kanggaroo. Dapat juga melihat gelagat muslim berpuasa dan beraya di sini.


Kelainannya di sini tiada bazaar ramadhan !


Apapun alhamdulillah masih boleh mengisi perut. Cuma rindukan suasana di Malaysia dan bersama-sama keluarga tercinta. bak kata pepatah Melayu...


" Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri...baik lagi negeri sendiri..."


" East or west home is best..."


Masih berbaki lima hari ketika saya menulis sebelum Syawal menjengah..Mungkin masih berpeluang untuk mencari lailatulqadr yang di damba. Semoga kita semua akan beroleh malam yang lebih baik daripada seribu bulan..Allahumma amin..Di dalam Al-Quran dan hadis banyak menyebutnya..Hanya terpulang kepada kita sama ada mahukan ataupun sebaliknya.


Sabda Rasulullah yang bermaksud :


" Barang siapa solat di malam Lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu.."


(Bukhari dan Muslim)




Jangan kita tergolong di dalam apa yang dikatakan oleh malaikat Jibrail...


" Celakalah umatmu Muhammad apabila masuk dirinya di bulan Ramadhan dalam keadaan tidak baik dan keluar dirinya di bulan Ramadhan masih juga tidak baik.."


Lalu Nabi mengaminkannya..


Wallahua'alam...


 Zakaria Md Yusoff
NSW, Australia.
24 Ramadhan 1432 H.

Mengambil suntikan untuk tujuan perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم 
 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ 

Soalan :

Apakah hukum mengambil suntikan untuk tujuan perubatan ?

Jawapan :

 Terdapat tiga jenis suntikan :

1. Suntikan perubatan bukan nutrisi.
Sama ada di suntik di bawah kulit, otot atau urat. Puasa sah kerana ianya bukanlah makanan atau minuman. Fatwa ini telah dikeluarkan oleh majma' Fiqh. Ia juga adalah pendapat  Syeikh bin Baz dan Syeikh Uthaimeen serta kebanyakan ulama kontemporari.

2. Suntikan nutrisi.
Suntikan ini membatalkan puasa kerana badan boleh mengambil manfaat daripada suntikan tersebut. Fatwa oleh Majma Fiqh..

3. Suntikan melalui dubur.
Ulama-ulama terdahulu dan Imam Mazhab yg empat mengatakanbatal puasa tersebut. Ini sebabkan suntikan boleh sampai ke perut melalui usus.

Wallahua'lam.

Zakaria Md Yusoff

Makan dan minum kerana terlupa

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ 

Barang siapa yang makan atau minum di siang hari dalam keadaan dia lupa, maka puasanya adalah sah dan tidak perlu untuk diganti.

Ini berdasarkan kepada hadis Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Nabi telah bersabda : " Barang siapa terlupa dalam keadaan dia berpuasa lalu ia makan dan minum maka teruskanlah puasanya itu kerana Allah telah memberinya makan dan minum."

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dengan lafaznya.)

Wallahua'lam.

Zakaria Md Yusoff

Mengeluarkan mani dengan sengaja.

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ 

Soalan : Apakah hukum mengeluarkan air mani dengan sengaja ?

Jawapan : Mengeluarkan air mani dengan sengaja adalah membatalkan puasa. Sama ada dengan bercumbuan, sentuh, onani dan sebagainya. Diwajibkan qadha.

Berdasarkan kepada Hadis Qudsi yang bermaksud :

" ...Meninggalkan makan minumnya dan syahwatnya kerana Ku.... "

(Riwayat Ahmad di dalam Musnad. Daripada Abu Hurairah. )

Wallhua'lam.
Zakaria Md Yusoff

Bersetubuh dengan isteri di siang hari bulan Ramadhan.

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛

Soalan :

Apakah hukum berjimak dengan isteri di siang hari bulan Ramadhan?

Jawapan :

Puasanya batal. Dia wajib melakukan beberapa perkara :

1. Meneruskan puasa pada hari tersebut.
2. Wajib qadha puasanya.
3. Dikenakan kaffarah..iaitu sama ada membebaskan hamba wanita atau puasa 2 bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang  fakir miskin.

Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud :

Sesungguhnya seorang lelaki telah bersetubuh dengan isterinya di siang hari Ramadhan lalu meminta penjelasan daripada Nabi SAW.

Lalu Nabi bersabda : "Adakah kamu mempunyai hamba ? "
Lelaki itu berkata : "Tidak ada."
Nabi bertanya: " Adakah kamu mampu untuk berpuasa selama dua bulan ? "
Lelaki itu menjawab : " Tidak ".
Lalu Nabi berkata : " Berilah makan kepada 60 orang fakir miskin. "

( Riwayat Bukhari Muslim ).

 Wallhua'lam.

Zakaria Md Yusoff

Badan ni kena paksa...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛


Dah separuh Ramadhan berlalu...Pantas masa melakukan rutinnya setiap hari. Itu semua perasaan kita dek kerana sibuk dengan tugasan harian. Gelagat manusia yang berbagai ragam di bulan penuh mulia ini disaksikan oleh sepasang mata anugerah Tuhan maha agong. Semua orang akan ada pengalamannya tersendiri.

Cuba kita baca perbualan ini..

“ Tak puasa ke hari ni? “

“Tak. Saya kan sakit.Gastrik. Memang tak boleh puasa.”

“ Oo..Tak terawih ke? “

“Takpe la. Awak buat la dulu..”

Kesimpulannya tak buat pun.

Sesetengah orang Muslim kita ni, pada mereka Ramadhan ni sama je macam bulan-bulan yang lain. Mungkin bezanya ada bazaar ramadhan, sales sana sini, persiapan raya dan macam-macam lagi la. Satu lagi yang mereka amat tahu ialah syaitan kena belenggu. Kena ikat. Bahasa mudahnya syaitan tak boleh kacau dah. Hoorayy..

Sepatutnya bulan inilah nak top up atau recharge pahala berganda. Tapi kalau team yang merasakan sama je macam bulan lain, tak ke rugi tu. Nasib malang. Kenapa tak sedar-sedar lagi? Tak tunggu sampai bila? Nak tunggu pahala dosa nampak depan mata baru nak buat? Bukan ke dah terlambat? Ke diri dah hebat? Atau rasa peluang hidup esok hari masih tinggi peratusannya?

Sudah-sudah la tu. Sementara peluang masih ada ni, buatlah. Badan ni kena paksa. Jangan dimanjakan sangat. Untuk masa depan juga kan..Kebaikan kita akan dapat kemudian. Sabar masa buat dan bersabarlah tunggu ganjarannya. Itu janji Allah yang pasti. Tolonglah percaya dengan penuh keimanan bahawa Allah takkan pernah memungkiri janjinya. Tidak seperti manusia.

    Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.;)

Wallahua'lam

15 Ramadhan 1432 H

Zakaria Md Yusoff
NSW, Australia.

Kewajipan Puasa Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ 


Hadith: 
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)�.
Huraian Hadith: 

Doa dari jauh...

بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين،
أما بعد؛

Saya mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di bumi Mesir terutamanya rakyat Malaysia yg berada di sana. Menjatuhkan pemimpin di jalanraya lebih berkesan daripada pilihanraya. Semoga kita semua dapat ambil iktibar dari pergolakan yang berlaku di Mesir khasnya buat pemimpin negara.

 Zakaria Md Yusoff

About this blog