Euthanasia : Melihatnya dari kaca mata Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم 

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛

Euthanasia : Melihatnya dari kaca mata Islam. ( Siri 1 )
 

Di dalam bahasa Arab disebut sebagai قتل الرحمة .  Juga di sebut موت الرحمة.

Ia bermaksud mematikan seseorang pesakit bagi mengurangkan penderitaan sakit yang dialaminya.

Ada beberapa istilah mengenai Euthanasia. Seperti di bawah ( English ).


  • Euthanasia: the intentional killing by act or omission of a dependent human being for his or her alleged benefit. (The key word here is "intentional". If death is not intended, it is not an act of euthanasia)
  • Voluntary euthanasia: When the person who is killed has requested to be killed.
  • Non-voluntary: When the person who is killed made no request and gave no consent.
  • Involuntary euthanasia: When the person who is killed made an expressed wish to the contrary.
  • Assisted suicide: Someone provides an individual with the information, guidance, and means to take his or her own life with the intention that they will be used for this purpose. When it is a doctor who helps another person to kill themselves it is called "physician assisted suicide."
  • Euthanasia By Action: Intentionally causing a person's death by performing an action such as by giving a lethal injection.
  • Euthanasia By Omission: Intentionally causing death by not providing necessary and ordinary (usual and customary) care or food and water. 
Boleh dirujuk  link seperti di bawah.


http://www.euthanasia.com/definitions.html
http://www.medicalnewstoday.com/articles/182951.php

Bentuk atau gambaran Euthanasia :

1. Mematikan dengan sengaja.

Bermaksud doktor atau pakar memberikan sejenis ubat yang mematikan pesakit dengan kadar segera tanpa sakit.

2. Mematikan secara semulajadi.

Apabila doktor atau pakar TIDAK memberikan sebarang ubat atau alat untuk membantu pesakit.

'HUKUM SYARA' BAGI MEMATIKAN PESAKIT DENGAN CARA EUTHANASIA.

Mematikan pesakit dengan sengaja. Ada 3 jenis.

1. Pesakit dimatikan oleh doktor/pakar/pembantu doktor atau pakar.
2. Pesakit mematikan diri sendiri / bunuh diri.
3. Pesakit mewasiatkan orang lain untuk mematikannya.

Hukum bagi ketiga-tiga jenis adalah diHARAMkan oleh Syara'.
Sepertimana firman Allah :

1.  وَلاَ تَقْتُلُواْ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ
"...dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak)..." (6:151)


2.  مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
"...bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya;..." (5:32)

3. وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا
"..Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;..."(25:68)

 4. Hadis Nabi SAW :
 كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه
 " Setiap Muslim ke atas seseorang Muslim itu adalah Haram darahnya, hartanya dan pemilikannya." ( Riwayat Muslim )


5. لا يحل دم أمريء مسلم يشهد أن لا إله إلا الله وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث، الثيب الزاني والنفس بالنفس والتارك لدينه المفارق للجماعة

" Tidak dihalalkan darah seseorang Muslim itu yang bersaksikan bahawa tiada Tuhan yand disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kecuali daripada tiga ini. Janda yang berzina, balasan qisas bunuh dan orang yang murtad keluar dari jamaah."    ( di riwayatkan oleh ramai ulama hadis. )


Kata Ulama besar dunia Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi :

" Mematikan pesakit tidak dibenarkan oleh syara' kerana ia adalah satu tindakan affirmatif dikalangan doktor/pakar dengan tujuan untuk mematikan pesakit secepat mungkin. Memberikannya ubat dos yang tinggi dan sebagainya. Walau apapun caranya ia tetap haram bahkan merupakan dosa besar." (Fatawa Mua'saroh 2;526)



 Juga disebutkan di dalam Majlis Fatwa Eropah :

" Pesakit walau bagaimanapun situasinya tidak boleh mematikan dirinya untuk mengurangkan kesakitan atau untuk menghalang dijangkiti kepada orang lain. Ia tergolong di dalam kategori membunuh dengan sengaja. Nas AlQuran sudah menyatakan ianya Haram seperti didalam Surah Al-An'am ayat 32. 
 
(
Pada persidangan yang diadakan di ibu negara Sweden - Stockholm 1-7 Julai 2003.)


Bersambung dalam Siri 2 untuk penjelasan bentuk yang kedua dan juga mengenai penggunaan life support machine. In sya Allah..





Zakaria Md Yusoff
Newcastle, NSW Australia.

0 comments:

About this blog