Selamat Datang

Moga Allah rahmati kita semua.

Hadith'

Nabi Muhammad SAW apabila ingin baring atau tidur, Baginda akan meletakkan tangan kanan di bawah pipinya sambil berkata " Ya Allah hindarilah aku daripada azabMu di hari Kau membangkitkan hamba-hambaMu."

Inside of Blue Mosque

The Blue Mosque (Called Sultanahmet Camii in Turkish) is an historical mosque in Istanbul. The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I.

Doa Nabi Muhammad SAW

Himpunan doa-doa terbaik .

Surah Al Kafirun

Bacaan apabila hendak masuk tidur.

Cinta lahirkan ketaatan

Cinta lahirkan ketaatan

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.”

(al-Bukhari dan Muslim) ; Rujuk Mukhtasar Sahih al-Bukhari 14, Mukhtasar sahih Muslim 23)

Huraian :

Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini cuma cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa sebagaimana cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

Ehsan JAKIM...

KELEBIHAN RASM 'UTHMANI

KELEBIHAN RASM 'UTHMANI

ü Mudah mengingati bentuk bacaan

- Baris tanwim yang berbeza dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, sama ada dengung atau pun tidak.

- Tanda waqf di letakkan di tempat yang sesuai untuk panduan pembaca.

ü Mengikut Sunnah Rasulullah

- Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah

ü Kedudukan ayat terakhir dalam mukasurat adalah teratur

- Setiap mukasurat dalam mashaf Rasm Uthmani diakhiri dengan ayat penuh. Dan pembaca dapat memberhentikan ayat bacaan dengan baik dan selesa.

ü Di baca berbagai Qiraat

- Tulisannya yang seragam dapat dibaca dalam berbagai-bagai bentuk Qiraat. Memudahkan semua Huffaz membuat rujukan.

KELEMAHAN RASM 'UTHMANI

ü Sukar dibaca apabila ditulis tanpa baris.

- Bentuk tulisannya yang agak keliru jika ditulis tanpa baris. Ini menyulitkan pembaca-pembaca yang baru mengenali Al-Quran untuk membaca dengan tepat.

APLIKASI KAEDAH DI SEKOLAH

Di Malaysia, pengajian al-Quran dalam sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan terutamanya di peringkat sekolah. Pada pendapat saya, kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di negara kita adalah kaedah Resam Uthmani.

Antara kelebihan pelaksanaan kaedah ini di sekolah ialah bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan para murid membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.

Selain itu, pengajian al-Quran melalui Resam Uthmani ini juga dapat membentuk bacaan yang selaras di kalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, apabila kaedah ini diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara.

Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas samada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, murid dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi murid yang ingin menghafal pula, ianya akan memudahkan murid untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.

Seterusnya, tulisan Resam Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat memandu murid untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Resam Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat para guru dan murid untuk menggunakan Resam Uthmani ini dalam pengajian al-Quran.

PENUTUP

Firman Allah taala :

"ورتل القرأن ترتيلا "

Maksudnya : Dan bacalah Al-quran itu dengan tartil.

Kesimpulannya, pendekatan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam pengajaran al-Quran yang menggunakan Resam Uthmani di sekolah pada masa ini adalah amat tepat. Diharapkan usaha ini akan meninggalkan impak besar dalam memberi ilmu dan kefahaman bukan sahaja kepada pelajar sekolah, malah seluruh umat Islam di negara amnya

Mula Sekolah

2 Februari 2009

Hari ini mula buka sekolah semula selepas cuti Tahun Baru Cina selama seminggu. Banyak perkara perlu dilakukan kat sekolah. Semuanya kena update. Mudah-mudahan semuanya dapat dibereskan dengan kadar segera. Aminnn...

About this blog