Sistem Kewangan Islam : Dunia Menyaksikan Kehebatannya

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛

 Kesedaran masyarakat dunia tentang keberkesanan sistem kewangan Islam mula mengambil tempat di dalam dunia kewangan. Kelihatan banyak negara-negara Barat, Eropah mula mempraktikkan sistem kewangan Islam. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus perdana perbankan Islam. Pihak kerajaan mahu Malaysia dikenali sebagai hub kewangan Islam terunggul di Asia Tenggara dan tidak mustahil ke seluruh dunia.

Bagaimana pula kesedaran bagi masyarakat Malaysia ? Adakah mereka sudah faham akan kekuatann sistem kewangan islam terutamanya bagi Muslim ? Setakat pengamatan saya bersama dengan orang-orang yang berada di sekeliling saya, rata-rata masih lagi samar-samar dengan perbankan Islam. Bila diajukan beberapa soalan pinjaman, urusan beli rumah, kereta dan sebagainya masih menganggap sistem kewangan Islam kelihatan sama dengan sistem konvensional. Malah ada yang berkata kepada saya perbankan Islam yang sekarang ini cekik darah dan 'interest' tinggi berbanding konvensional !

Saya cuba terangkan secara ringkas kepada mereka, namun dengan masa yang terbatas agak sukar untuk menerangkan secara terperinci. Baru saya sedar bahawa masih ramai yang masih kabur tentang kewangan Islam  ini. Semoga rakyat Malaysia akan lebih memahami akan kebaikan perbankan Islam khasnya untuk orang Islam di masa hadapan. Malahan sudah ramai masyarakat bukan Islam sudah mula menceburi dan beralih ke sistem kewangan Islam. Indahkan Islam !



 Bagaimana Sistem Kewangan Islam berfungsi ?


Sistem ini beroperasi ke atas sesuatu yang wujud atau istilahnya 'real asset' dan servis yang wujud. Tidak seperti konvensional bank yang hanya memperniagakan ( lending ) wang semata-mata.  Kewangan islam adalah bebas riba ( interest free ). Selain itu juga aqad jualbeli mesti berlaku di antara bank dan pengguna. Kontrak digunakan agar tidak berlaku sebarang bentuk penindasan ke atas kedua-dua pihak. Beberapa syarat yang lain juga harus dipatuhi mengikut jenis produk yang ingin digunakan.

Sebagai contoh, saya mengambil sistem jualbeli Musharakah. Katakan anda ingin membeli rebuah rumah yang berharga RM 240,000. Anda membayar wang pendahuluan sebanyak RM 40 000. RM 200 000 lagi anda telah memohon melalui bank Islam. Setelah berbincang dengan pihak bank, anda bersetuju untuk mengambil pembiayaan ini dan pembayaran semula selama 20 tahun serta pihak bank mengenakan caj 5% setahun secara tetap.

Hakikatnya bank islam akan membeli rumah ini dan dijual kepada kita.

 RM 200 000 bahagi 20 tahun = RM 10 000 setahun. Ini belum termasuk caj 5 % yang dikenakan. 5 % daripada RM 200 000 ialah RM 10 000. Ini dianggap sebagai sewa bulanan. Maknanya jumlah total anda perlu membayar sebanyak RM 20 000 bagi tahun pertama.

Bagi tahun kedua, baki hutang anda dengan bank islam ialah RM 190 000. So RM 10 000 setiap tahun yang anda perlu bayar tambah dengan 5% daripada baki hutang. 5% daripada RM 190 000 ialah RM 9 500.  Jadi tahun kedua ini, jumlah totalnya ialah RM 19 500.  Makin kurangkan ? Begitulah seterusnya untuk tahun-tahun berikut. Kurang dan semakin kurang. So sedikit demi sedikit anda memiliki rumah tersebut. Tidak membebankan. Sistem konvensional zaman sekarang biasanya menetapkan caj tertentu ( fixed ) bagi 3 atau 5 tahun pertama. Selepas itu tahun seterusnya bergantung dengan ekonomi pada masa itu. Kan dah ada unsur gharar ( penipuan ) di situ. Banyak lagi nak disebut sebenarnya, tapi cukup la kan.

Harap-harap fahamla apa yang saya tulis ini. Tak faham boleh tanya ye..Kalau salah tolong betulkan. Mana tahu ada error mana-mana yang saya tak sedar.

Riba atau Interest yang dikenakan kepada pengguna amat membebankan. Mereka mengambil kesempatan ke atas kesempitan yang di alami oleh pengguna. Kalau nak guna bahasa senang bunyi macam ini. " Bulan ini awak pinjam duit saya bulan depan jangan lupa bawa duit lebih kepada saya ".Lebih kurang macam itu lah.


Kekurangan Pakar

Industri perbankan Islam semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Pelbagai institusi pengajian  tinggi sudah mula menawarkan program Kewangan Islam atau ' Islamic Finance '. Universiti  di negara kita pun sudah banyak yang menawarkan program-program seperti ini. Muslim dan Non Muslim bebas untuk mempelajarinya secara terperinci. Di United Kingdom sahaja, banyak institusi pengajian tinggi yang berprestij sudah mula menawarkan program kewangan Islam. Di negara-negara Arab pula ianya semakin berkembang pesat. Kelebihan mereka ialah mereka mempunyai ramai pakar dalam bidang Fiqh Muamalat. Itupun masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga pakar di dalam industri yang berkembang cepat ini.

Apabila sistem kewangan Islam sudah mula diterima ramai, dunia kini kekurangan pakar dalam kewangan islam. Seluruh dunia memerlukan khidmat pakar terutamanya ulama' yang mahir dalam Fiqh Muamalat. Shariah Advisor atau penasihat syariah amat kurang di dalam negara kita. Keperluan kepada tenaga mahir di dalam industri ini amat diperlukan. Semua bank-bank atau syarikat mencari penasihat shariah untuk mereka mewujudkan produk-produk berasaskan kewangan Islam. Boleh saya katakan pekerjaan yang 'demanding position/job'. (betulkan saya kalau salah)..

So rasanya setakat ini dahulu..Nanti lain kali kita bicara lagi tentang kehebatan kewangan Islam ini.

Wallahu 'alam.

Sekian.

Zakaria Md Yusoff
Newcastle, Australia.

0 comments:

About this blog