Selamat Datang

Moga Allah rahmati kita semua.

Hadith'

Nabi Muhammad SAW apabila ingin baring atau tidur, Baginda akan meletakkan tangan kanan di bawah pipinya sambil berkata " Ya Allah hindarilah aku daripada azabMu di hari Kau membangkitkan hamba-hambaMu."

Inside of Blue Mosque

The Blue Mosque (Called Sultanahmet Camii in Turkish) is an historical mosque in Istanbul. The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I.

Doa Nabi Muhammad SAW

Himpunan doa-doa terbaik .

Surah Al Kafirun

Bacaan apabila hendak masuk tidur.

Praktikkan Hukum Muamalah Islam

بسم الله الرحمن الرحيم 

 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين،

 أما بعد؛ 
Dalam kehidupan harian, kita tidak akan lari daripada urusan jual beli. Ia adalah nadi kehidupan manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Kita sebagai Muslim diharuskan berjual beli selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Redha Allah itu lebih penting daripada kita menuruti kehendak yang tidak berpaksikan agama.

Peniaga atau penjual harus menitikberatkan soal hukum hakam dalam jual beli. Begitu juga kepada pembeli. Segala urusan jualbeli harian kita mesti berlandaskan hukum yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith.

Di zaman serba canggih ini, walaupun urusan jual beli boleh di lakukan secara atas talian (online) wajib bagi setiap Muslim mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh para ulama'. Jangan dijadikan alasan hukum muamalat sedia ada amat menyusahkan. Bahkan ada segelinitir daripada kita tidak menyukai hukum muamalat Islam digunapakai.

Firman Allah :

A275
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Selagi mana urusan jual beli harian kita mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan kita akan memperolehi pahala dan redha Allah..Bukankah ini yang kita mahu ?

Perbincangan fiqh muamalat ini cukup luas. Ini ditambah pula dengan kemajuan yang dialami penduduk dunia dalam hal jualbeli. Sudah ada kaedah-kaedah fiqh dalam muamalat Islam. Malah sudah ada negara-negara bukan Islam memperakui keberkesanan muamalah Islam dalam sistem perbankan mereka.

Muamalah Islam tidak hanya tertumpu kepada bank, syarikat besar atau organisasi sahaja. Ia harus turut dipraktikkan oleh semua Muslim hatta nak berjual kuih muih atau nasi lemak perlu ikut muamalah Islam. Letakkan harga dan apa isi kandungannya agar pembeli tidak rasa tertipu. Islam amat menjaga kebaikan kedua-dua pihak agar salah satu pihak tidak tertindas. Hak peniaga tidak dinafikan begitu juga hak pembeli.

Sabda Nabi dalam hadith baginda :

Ibnu Umar berkata : ada seorang lelaki tertipu dalam urusan jualbelinya. Lalu baginda berkata kepadanya, " Jika kamu berjual beli katakanlah tidak ada penipuan di dalamnya. Sahih Bukhari.

Banyak lagi hadith-hadith Nabi tentang peringatan, halal haram dan sebagainya dalam muamalah Islam.

Indahnya Muamalah Islam !


Zakaria Md Yusoff
1;11pm

About this blog