Selamat Datang

Moga Allah rahmati kita semua.

Hadith'

Nabi Muhammad SAW apabila ingin baring atau tidur, Baginda akan meletakkan tangan kanan di bawah pipinya sambil berkata " Ya Allah hindarilah aku daripada azabMu di hari Kau membangkitkan hamba-hambaMu."

Inside of Blue Mosque

The Blue Mosque (Called Sultanahmet Camii in Turkish) is an historical mosque in Istanbul. The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I.

Doa Nabi Muhammad SAW

Himpunan doa-doa terbaik .

Surah Al Kafirun

Bacaan apabila hendak masuk tidur.

Jawapan kepada Syiah yang menggunakan tanah/batu Karbala...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛

*JAWAPAN INI DI DALAM BAHASA INDONESIA. MOGA DAPAT DIFAHAMI.

MELURUSKAN PEMAHAMAN HADITS SUJUD DI ATAS BUMI
Dan bid’ahnya sujud dengan turbah karbala

BRIGADE PEMBUNGKAM MULUT SYIAH

“Jangan pernah mimpi Syiah merasa lebih paham dari kami Ahlus Sunnah”

Ketidak tahuan bahasa arab menyebabkan syiah rafidhah memperdaya anda dalam memahami hadits berikut ini :

جعلت لي الأرض مسجداً وطهوراً
“Dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan.”

Untuk lebih jelasnya mari kita perhatikan teks hadits secara lengkap di bawah ini :

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu’anhu berkata bahwa Nabi shallallahu’alaihiwasallam telah bersabda :

أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً
"Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelumku; aku ditolong melawan musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulan perjalanan, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu shalat hendaklah ia shalat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa'at, dan para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia." (Shahih HR. Bukhari no. 323 dan 419, Muslim no. 810, Nasa’i no. 429, Ahmad no.2606, 13745, 20337,20352,dan 20463, dan darimi no. 1353 dan 2358 )

Makna Al-ardhu ( الأرْضِ ) dari hadits ini bila diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia adalah bumi. Memaknai kata Al-ardhu ( الأرْضِ ) dengan tanah pada hadits ini merupakan kerancuan. Karena kita dapat menemukan perincian kata Al-ardhu dalam hadits berikut ini :

Dari Hudzaifah radhiyallahu’anhu yang berkata:” Telah bersabda Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam :

Praktikkan Hukum Muamalah Islam

بسم الله الرحمن الرحيم 

 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين،

 أما بعد؛ 
Dalam kehidupan harian, kita tidak akan lari daripada urusan jual beli. Ia adalah nadi kehidupan manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Kita sebagai Muslim diharuskan berjual beli selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Redha Allah itu lebih penting daripada kita menuruti kehendak yang tidak berpaksikan agama.

Peniaga atau penjual harus menitikberatkan soal hukum hakam dalam jual beli. Begitu juga kepada pembeli. Segala urusan jualbeli harian kita mesti berlandaskan hukum yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith.

Di zaman serba canggih ini, walaupun urusan jual beli boleh di lakukan secara atas talian (online) wajib bagi setiap Muslim mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh para ulama'. Jangan dijadikan alasan hukum muamalat sedia ada amat menyusahkan. Bahkan ada segelinitir daripada kita tidak menyukai hukum muamalat Islam digunapakai.

Firman Allah :

A275
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Selagi mana urusan jual beli harian kita mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan kita akan memperolehi pahala dan redha Allah..Bukankah ini yang kita mahu ?

Perbincangan fiqh muamalat ini cukup luas. Ini ditambah pula dengan kemajuan yang dialami penduduk dunia dalam hal jualbeli. Sudah ada kaedah-kaedah fiqh dalam muamalat Islam. Malah sudah ada negara-negara bukan Islam memperakui keberkesanan muamalah Islam dalam sistem perbankan mereka.

Muamalah Islam tidak hanya tertumpu kepada bank, syarikat besar atau organisasi sahaja. Ia harus turut dipraktikkan oleh semua Muslim hatta nak berjual kuih muih atau nasi lemak perlu ikut muamalah Islam. Letakkan harga dan apa isi kandungannya agar pembeli tidak rasa tertipu. Islam amat menjaga kebaikan kedua-dua pihak agar salah satu pihak tidak tertindas. Hak peniaga tidak dinafikan begitu juga hak pembeli.

Sabda Nabi dalam hadith baginda :

Ibnu Umar berkata : ada seorang lelaki tertipu dalam urusan jualbelinya. Lalu baginda berkata kepadanya, " Jika kamu berjual beli katakanlah tidak ada penipuan di dalamnya. Sahih Bukhari.

Banyak lagi hadith-hadith Nabi tentang peringatan, halal haram dan sebagainya dalam muamalah Islam.

Indahnya Muamalah Islam !


Zakaria Md Yusoff
1;11pm

Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan dari Sudut Syariah Wan Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan dari Sudut Syariah

بسم الله الرحمن الرحيم 

 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛



Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu 
Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: 
Satu Sorotan dari Sudut Syariah

http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/06/isra_dr_marjan.pdf


Zakaria Md Yusoff

Mudharabah

بسم الله الرحمن الرحيم 

 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ 

Apa itu Mudharabah ?

Mudharabah bermaksud : 


Pihak pengeluar modal (Shahib Al Mal / Investor) menyerahkan sejumlah modal kepada pihak pengusaha  (Mudharib) untuk menjalankan perniagaan atau perdagangan. Kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian masing-masing sekiranya ada keuntungan daripada perniagaan tersebut mengikut pembahagian yang telah disepakati. 



Hukum melaksanakan Mudharabah di dalam ekonomi Islam.


Para ulama' bersepakat mengatakan bahawa Mudharabah adalah satu transaksi yang dibenarkan.


Seperti mana yang disebutkan oleh Ibnu Munzir, Ibnu Hazm dan lain-lain.


akan disambung lagi...


 Zakaria Md Yusoff
NSW, Australia.

About this blog