Selamat Datang

Moga Allah rahmati kita semua.

Pesanan bulan Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛  Kullu 'Am Wa Antum Bikhairin dari saya untuk pengunjung blog ini. Bulan Zulhijjah menjelma lagi. Bulan di mana akan berlakunya hari Raya Eidul Adha dan lebih kurang 2 juta umat Islam akan berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Setelah Ramadhan yang penuh barakah meninggalkan kita, datangnya Zulhijjah bagi memberi ruang dan peluang untuk di isi bekalan kita di dunia dan mengejar ganjaran kebaikan...

Sistem Kewangan Islam : Dunia Menyaksikan Kehebatannya

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛  Kesedaran masyarakat dunia tentang keberkesanan sistem kewangan Islam mula mengambil tempat di dalam dunia kewangan. Kelihatan banyak negara-negara Barat, Eropah mula mempraktikkan sistem kewangan Islam. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus perdana perbankan Islam. Pihak kerajaan mahu Malaysia dikenali sebagai hub kewangan Islam terunggul di Asia Tenggara dan tidak mustahil ke seluruh dunia. Bagaimana pula kesedaran bagi...

Manfaatkan Masa Kita

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda :  “Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara..”  Ibnu Umar r.a berkata : “Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan gunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu...”   (Al-Bukhari)  Zakaria Md Yus...

Gurauan : Raikanlah beberapa perkara...

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛  Salam untuk semua pengunjung blog saya. Hari ni nak cerita pasal gurau senda. Hidup tanpa gelak tawa atau gurau senda ibarat hidup yang suram. Islam membolehkan kita untuk bergurau senda di samping insan-insan yang berada disekeliling kita. Cuma sekarang ni, adakah gurau senda kita itu menepati Sunnah, para sahabat dan amalan ulama-ulama terdahulu. Islam bukanlah agama yang skeptik kepada hukum hakam semata-mata. Inilah agama...

Detik Pemergianmu

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد؛ Saya terjumpa video ni di You Tube. Saja nak kongsikan di blog ni moga dapat dihayati oleh kita semua. Detik pemergianmu ya Rasulullah. Walaupun sudah menemui Ilahi yang Maha Esa, marilah kita sama-sama mengamalkan Sunnah baginda semampu yang mungkin. Bagi saya, masih banyak yang belum diamalkan seperti mana saranan baginda. Moga kita semua menjadi umat Muhammad yang dibanggakan oleh Nabi kita sendiri.  Rasulullah berwasiat...

Jangan aniaya saudara kita

إن الحمد لله ؛ نحمده ، ونستعينه ، ونستغفره . ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا . من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له . وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله .   Hadith pilihan untuk blog saya pada kali ini. Dari Abu Hurairah r.a katanya:  “Rasulullah s.a.w melarang orang kota (bandar) menjual barang dagangan orang desa (kampung); jangan menipu harga barang; jangan seorang kamu menjual menyaingi harga jualan saudaranya; jangan menawar...

Separuh yang berlalu...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda dan para sahabat. Sekali lagi syukur saya panjatkan kepada Allah, kita masih dapat menghirup oksigen Ramadhan 1431 H. Sudah pun berlalu separuh perjalanan di bulan mulia ini. Sememangnya ramai yang sedang tamak mengumpul pahala berganda dan ramai juga melepaskan peluang ini ibarat angin meniup debu di permukaan bumi. Mudah-mudahan Allah akan mem beri hidayah serta petunjuk ke jalan yang di inginiNya. Sedarlah bahawa Rasulullah...

Penjelasan amalan di bulan Sya'ban

Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan? Anisah, Bangi. Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat...

Cari Ilmu

carilah ilmu sebanyak yang boleh... Zakaria Md Yusoff Newcastle, Austral...

Hadith Palsu bulan Rejab

Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya? Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95,...

Ilmu Islam akan hilang !

Hadith :  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama...

Syurga... Mudah atau Susah ?

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:” Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”   (al-Bukhari) Huraian 1. Pertentangan di antara...

Antara Sabar dan Mengeluh

Hadith : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan...

Kemuliaan Mati Syahid

Hadith : Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana...

Bersengketa Membolot Harta

Hadith : Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada Aisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah:”Hai Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa...

About this blog