Amalan Setelah Bangun Dari Tidur

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.”

(Muslim)


Huraian
Sebagaimana maklum, tidur merupakan suatu kerehatan untuk tubuh manusia dan Islam menggalakkan kita mementingkan kesihatan demi menjamin kesegaran tubuh badan di sepanjang hari. Namun begitu jangan pula kita terlajak tidur sehingga meninggalkan solat-solat yang wajib untuk kita tunaikan terutamanya solat Isya’ dan Subuh yang kebanyakan manusia seringkali lalai dan malas daripada mengerjakannya dek kerana terlalu mengantuk atau sayangkan tidur sehingga terlepas waktu. Oleh itu setiap Muslim dianjurkan agar membaca doa setiap kali hendak tidur dan selepas bangun daripada tidur supaya dengan itu diri terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan yang sentiasa memujuk manusia agar lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT.

2 comments:

Fadhlah said...

cam mana doa tu..cuci idong tu cam mana?huhuhu

Zakaria Md Yusoff said...

doa kena ambil kat sekolah.susah nak terangkan dlm ni.cuci hidung tu ikut suka hati la.tp biasanya org buat time berwudhuk sblm solat subuh.

About this blog