Hadith :Dari Ma’qil bin Yasar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Beribadat di masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku.” (Muslim) HuraianJika direnung sebaik-baiknya, peluang untuk melaksanakan ibadah adalah amat luas untuk kita selaku umat Islam yang menetap di bumi Malaysia yang aman dan merdeka ini. Namun demikian, terdapat juga mereka yang tidak mensyukurinya, sama ada kerana mereka tidak menyedarinya ataupun mereka memang tidak mahu mengambil peluang. Ada yang tidak mengerjakan ibadah solat tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak,...