ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑุญูู
ุงูุญู
ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู
ูู، ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู
ุนูู ุฑุณููู ุงูุฃู
ูู، ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู
ุนูู، ุฃู
ุง ุจุนุฏ؛
Kesedaran masyarakat dunia tentang keberkesanan sistem kewangan Islam mula mengambil tempat di dalam dunia kewangan. Kelihatan banyak negara-negara Barat, Eropah mula mempraktikkan sistem kewangan Islam. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus perdana perbankan Islam. Pihak kerajaan mahu Malaysia dikenali sebagai hub kewangan Islam terunggul di Asia Tenggara dan tidak mustahil ke seluruh dunia.
Bagaimana pula kesedaran bagi masyarakat Malaysia ? Adakah mereka sudah faham akan kekuatann sistem kewangan islam terutamanya bagi Muslim ? Setakat pengamatan saya bersama dengan orang-orang yang berada di sekeliling saya, rata-rata masih lagi samar-samar dengan perbankan Islam. Bila diajukan beberapa soalan pinjaman, urusan beli rumah, kereta dan sebagainya masih menganggap sistem kewangan Islam kelihatan sama dengan sistem konvensional. Malah ada yang berkata kepada saya perbankan Islam yang sekarang ini cekik darah dan 'interest' tinggi berbanding konvensional !
Saya cuba terangkan secara ringkas kepada mereka, namun dengan masa yang terbatas agak sukar untuk menerangkan secara terperinci. Baru saya sedar bahawa masih ramai yang masih kabur tentang kewangan Islam ini. Semoga rakyat Malaysia akan lebih memahami akan kebaikan perbankan Islam khasnya untuk orang Islam di masa hadapan. Malahan sudah ramai masyarakat bukan Islam sudah mula menceburi dan beralih ke sistem kewangan Islam. Indahkan Islam !





